Khamis, 22 Januari 2009

Orang Tua Yang Tak Mahu Dilabel Tua.....Part 2...

Aku jarang buat entry mengutuk, tapi kenkadang rasa nak jugak mengutuk....sorry kalau nak baca, nak nak baca sudah bukan aku boleh paksa orang pon!...Tajuk nih sambungan dari "taipan" (tah ada tak perkataan macam nih) yang aku tulis tahun lepas tentang orang tua yang tak sedar diri....Aku bukan tak suka perempuan (memang aku suka sebab aku lelaki) tak kira la jenis spesis macam mana, tapi bukan nak harapkan cantik macam Kyoko Fukada tu dah kira melampui kemampuan sendiri, tapi bila dah "merheyeh" sangat jadi macam menyampah tahap tak tahu nak cakap...

Aku paham bila kita dah suka seseorang (tak kira la kau kat ceruk mana pon), sekali atau berkali kita pandang tak jemu, dengar suara yang macam badak menguap lapar pon bila masuk telinga kita rasa merdu semacam...tu lah nikmatnya cinta, macam-macam benda ajaib boleh berlaku...Tengah buat kerja dia datang berbelit, agak-agak la Akak woi....ni bukan tempat merendek nak tunjuk rasa kasih sayang dan yang tak tahan siap boleh buat gurau manja-manja kambing pulak (korang pernah tengok kambing jumpa air?)....Aku sengih, member aku sorang lagi sengih jugak tak terkata....nih dah terlebih miang dari kucing siam, ada cadangan untuk diberi nama spesis baru tak?...

Bila "si hubby" takde cakap ngan aku bukan main hebatnya, anak dah tiga tapi tak mau sedar diri dah tua...."Anak-anak i semua hemsem-hemsem tau, tengoklah mak dia macam mana kan?", kepala tengkorak jadah ko....memang la, kalau tanya orang asli Afrika pon diorang akan cakap anak-anak diorang hemsem, baik, dengar kata orang tua....mana ada nak kata anak aku hodoh, gemuk, tak dengar kata macam aku jugak itu adatlah lah kan sebagai mak bapak...nak angkat kain sendiri pon agak-agak la, jangan sampai kau tak ingat sampai mana penanda simpulan kain kat badan sendiri, nanti kalau dah lepas paras bahaya ingat aku nak tengok ker kulit yang dah berkedut sana sini tuh?....

Bila Akak nih bagi gambar anak dia kasi aku tengok aku sengih, dah la gemuk tak la hemsem sangat (ikut pandangan aku la, sebab aku lelaki mesti penilaian aku ikut pandangan lelaki la).....Tu tak kisah la kan, tapi perangai meroyannya kadang kala melampau tahap orang baru bersalin anak sulung....cakap "i you, i you" boleh terima lagi (biasa la orang tua tak sedar diri, perasan bandar sangat padahal asal kampung hulu) tapi bila part kerja aku memang pantang bila kita tengah sibuk dia datang berbelit macam ular sawa tak makan seminggu....Aku ada jugak bagi buah-buah sesedap rasa dan kadang-kadang direct jer terus, tapi memang jenis manusia angau macam dia nih tak paham bahasa, kalau boleh cerita dia nak keluar dalam Melodi. lagi orang kuat bergosip tentang dia lagi la dia suka.....dah tua buat la cara tua, bagi la kat orang muda dah la yang kulit tegang, yang pinggang seksi, yang kalau nak mengada pon kira boleh terima akal serta ada juga la perasaan nak melayan....toksah dok perasan orang heran sangat ngan cerita Akak nih, kalau orang layan pon kira layan sambil tahan perasaan nak muntah....bueeeekkkkkkkk.....

Pandai jugak aku mengutuk orang rupanya yer....

Agak-agak kalau jadi wartawan Melodi boleh lepas ker?....

Segmen : Berita Sensasi, Selak Kain....

Adios Amigoes....            

2 ulasan:

Dang Ijah berkata...

Hmm boleh kot, ntah2 setanding ngan nas Ahmad, xpun ble kalahkan dia jugak hehe

FARYN berkata...

watpe panggil akak..panggil makcik ar...hahaha