Aku memang susah skit nak pengsan atas katil kalau takde sesuatu untuk lekakan aku dari pikir benda-benda lain sebelum ke alam lain...Aku jugak pernah cuba petua-petua ntah apa sebelum mengeliat atas katil, tapi hampeh tak datangkan hasil jugak, cuba pejam tapi mata kat dalam kelopak terbukak luas macam tembus kelopak, sudahnya terkebil-kebil sorang dalam gelap, pas tu ambil tembakau sebatang, cuba lagi, bangun lagi, cucuh lagi...sudahnya sampai ke pagi....
Sekarang aku dah temui (banyak orang macam nih sebenarnya) jalan yang mudah untuk aku terlelap dengan menambahkan kadar bil elektrik tiap-tiap bulan kat rumah....Dengan berbekalkan Creative MP3 Zen X-Fi 8gib (ceh, siap iklan pulak dah) aku berjaya mengurangkan masa membazir atas katil...aku suka dengan kadar bising yang aku pasang, kebetulan aku sorang jer memalam tidor dalam bilik jadi takde masalah untuk melalak tengah-tengah malam buta....dah bilik aku ikut suka hati aku ler, cuma bil tu ngeri skit ler tapi peduli apa bayar jer lah....Dulu memang aku perlukan keadaan sunyi untuk lelap, tapi sekarang aku perlukan bunyi-bunyian untuk menberikan dos tambahan, bunyian yang berirama yang mudah dihadam oleh otak aku untuk belayar sampai matahari membogelkan dirinya (ayat cilok dari buku sastera)...orang cakap minum susu panas masa nak tidor, aku bleh minum tapi akan muntah sebab perut aku takleh nak terima susu yang tak dikahwinkan dengan benda lain...jadi kenalah membazir elektrik...
Tu sebab aku rasa dengki dengan orang yang boleh set dia punya otak untuk tidor, rilek kejap jer atas katil, peluk-peluk bantal kejap, tak sampai 5 minit dah jalan...Tak perlukan benda-benda lain untuk lena, tak memakan kos, tak susahkan orang lain terpaksa tahan telinga untuk dengar sesuatu yang boleh ganggu masa kualiti mereka...cissss, macam la aku peduli sangat...
Tengah google lagu "Pot Amai-Amai"...
Mana la tahu kot-kot lebih berkesan dari lagu-lagu punkrock yang selalu aku pasang...
Tapi masalahnya lagu tu kena minum susu...
Ada tak lagu yang tak payah minum susu?...
Salam....Adios....
2 ulasan:
lagu dangdut...cuba ko layan sblom tido...gerenti pengsan...ahahha
ada, lagu kira kambing masuk kandang he3, kira sampai mata nk tutup la, klau merokok mmmgla tmbh xble tdo wei he3
Catat Ulasan