Isnin, 16 Mac 2009

True - kurieman - Show.....Outstanding Fail Achivement....

Satu perkataan saja tentang hidup aku selama nih - gagal - ....Dalam masa sekarang aku tak punya apa-apa untuk dibanggakan, untuk masa depan hancur, jugak takde apa untuk dijadikan sandaran...Aku risau sebenarnya pasal diri sendiri...1/3 dari hidup aku sebenarnya banyak dipengaruhi oleh orang lain, dalam nak penuhi hasrat murni mereka sudahnya aku jugak yang terkontang-kanting, tapi tak semua salah mereka kerana aku jugak banyak buat salah pada diri sendiri tanpa aku tak sedar...Mula-mula memang aku keras hati, tapi lama-lama aku rasa menyesal pulak sebab banyak sangat gagal...Tu sebab aku rasa banyak-banyak benda yang aku bebel sebenarnya nak sedapkan hati aku ajer...sheeeehhhhh....

Sebenarnya baca luahan hati nih satu perkara yang sangat mengboringkan, tak kiralah tentang cinta, teantang kerjaya, teantang kena tikam belakang, teantang susah payah...benda-benda macam gini pada aku tersangatlah basinya, menyampah lagi banyak sebenarnya tapi...ada jugak tapinya, ikut keadaan lah, kiranya situasi tu tukang cerita sama dengan situasi kita kiranya kita boleh relate dengan cerita tuan empunya cerita (tip ; kalau nak panjangkan ayat, ikut cara tulisan kat atas - padahal tak tahu tak tulis apa)....

Berbalik pada cerita diri sendiri, berkenaan cara tulisan bila terlampau emo-sinal, ada kebenaran kerana mungkin ayat-ayat yang terkeluar pada masa tu memang datang terus daru kepala otak yang tengah bengang dengan diri sendiri atau orang lain serta dengan kepetahan menyusun ayat mungkin perkataan yang ditaip nampak hidup untuk orang membacanya....Bagi aku, aku takde anugerah semujadi untuk jadikan cerita itu hidup dengan sendiri...Tu sebab aku banyak gagal dari berjaya dalam hidup aku, banyak cara cuba tapi tak ada hasil jugak, kadang-kadang dekat nak berjaya tapi last-last gagal jugak, benda dah kat depan mata alih-alih terlepas jugak...Nak salahkan sapa lagi kalau bukan diri aku sendiri...bangannnnnnnnnnng........

Aku memang susah nak bukak rahsia kat kawan-kawan, benda-benda biasa aku boleh lagi gelak-gelak tapi yang besar-besar aku simpan jadi harta karun sendiri....Tapi ada jugak masalahnya, bila ianya meletup aku macam tah tahu nak sembunyi kat mana, mungkin aku kurang rasa kemandirian kot? Kenkadang nak jadi diri sendiri memang payah, maksud aku untuk jujur 100% tanpa sembunyi apa-apa masalah, alasan...memang aku rasa gagal teruk dari segi nih, motivasi memang tak jalan dalam hidup aku mungkin sejam lepas tu dah lupa...Biasalah kan, cakap senang nak buat tuh payah dan itu memang hakikat, takleh nak kata apa weh....

Pepatah kawan aku ;
"kalau nak jagi gagal, jadilah orang gagal yang berjaya"....

Haihhhh, sambung tengok movie dulu lah....

Salam...Adios...

1 ulasan:

Dang Ijah berkata...

wah2 dah ada pepatah baru nih, jdlah org gagal yg berjaya... ataupun berani gagal... cm lbe kurg je mknanya kan he3, dmana ada kemenangan, dsitu ada tersembunyi sebuah kegagalan. mknanya mmg hidup kita ni ada pro n kontranyalh kn... ada menang ada gagal... mgkn kita akan gagal dlm hidup, tp InsyaAllah kita menang dlm akhirat Amin... Wallahualam bissawab