Isnin, 23 Mac 2009

TEPU Tu Maksudnya Dah Sampai Tahap Bosan....

Hidup aku macam nih lah, bila mula-mula nak sesuatu benda punyalah usaha nak mampos, bila dapat suka, bila lama dah jadi bosan....Aku tak salahkan sapa-sapa yang menyampah dengan perangai aku sebab tu kena tambah perisa baru bila lama sangat berhubungan. Memang boleh kita nak berlakon, pura-pura takde apa-apa (walaupon memang takde apa-apa) tapi perasaan tu lain macam bila dah lama sangat...hambarrrrrrrrrrrr...Sebab tu aku malas nak jumpa selalu sangat, jadi bosan...Mungkin sebab umur dah makin muda perangai jadi lain, lagipon banyak benda lain yang benar-benar penting bersarang dalam kepala otak yang buatkan aku menyampah...

Komitmen pada sesuatu benda yang mengikat sebenarnya bagus, ianya menjadikan kita bertanggunggungjawab walau dalam keadaan apa sekalipun...Banyak hasil pertanyaan tak rasmi yang aku dapat dari tinjauan secara tak rasmi jugak menunjukkan mereka-mereka ini sebenarnya sama seperti aku, muak tapi terpaksa....Gembira tetap ada, itu tak dinafikan sebab hidup perlu berjalan selagi bernafas tapi kenkadang mereka juga sama tak boleh tipu diri sendiri tak kira dari segi kewangan, makanan, temapt tinggal, kemudahan, kasih sayang..."I gembira jer dengan hidup i, takde masalah, kat rumah i ada suami dengan anak-anak, kat luar i ada pakwe, apa lagi i nak!....Ohhhh, gembira betul hidup i...give and take" katanya...Kepala otak hang la orang tua tak sedar diri....

Orang banyak tanya aku samapi bila aku nak terus statik macam nih, aku tak de la bagi jawapan apa-apa pulak cuma kenkadang aku rasa bengkak skit bila yang bertanya macam nak ambik berat padahal nak menyiasat...Likat tambah pekat aku dengan manusia macam nih, macam la aku tak tahu bila aku nak bergerak bila sampai masa aku nak berhenti, mesti ada jalan kan, takkan mati kat penghujung...bila?, bagaimana?, nanti aku jalan-jalan dulu...

Sebenarnya aku takde hal sangat dengan manusia berhaji waja, sebab aku takde cita-cita langsung untuk tumpang tuah mereka, aku ada hidup sendiri, tepu ker tak tepu, susah ker tak susah kita dah boleh jalan sendiri...Mungkin masa tu panjang skit, tapi takpe, jalan pelan-pelan kalau jatuh pun tak terasa sangat sakitnya...Hari ini merupakan petang yang indah, sebab ada benda besar mungkin terjadi....

100 Plus + Panadol = Zzzzzzzzzzz....

Salam .... Adios ....

2 ulasan:

Dang Ijah berkata...

mmm tul2, biar lmbt asal slmt he3

FARYN berkata...

bila otak aku tepu...aku mkn aiskrim...woooohooo..nikmat berganda...hahahaa