Prolog; Masa tu aku tak tahu apa benda yang membuak-buak dalam hati, aku tengok dia bersinar terang, aku melangkah lebih dekat, sedikit-sedikit cuba selindung perasaan yang berdebar-debar macam nak pecah, haihhhh...kontrol, kontrol sehabis mungkin, jangan bagi dia perasan...5 minit aku pandang tepat padanya, tak terkata, susahnya nak buka mulut...sialllll, ayat-ayat yang aku atur cantik makin lama makin kabur dalam otak aku...macam mana nih? "hai, nak berkenalan boleh?", akhirnya ayat tipikal terpancur laju...1 minit dia senyum, aku gelabah...Seminggu kemudian aku mula "date" tu pon kalau boleh kira keluar bersama macam orang lain, ntah aku tak tahu aku sedang dalam keadaan macam kebanyakkan orang serta mula cuba-cuba bersikap dewasa...naif sangat kot masa tuh?...
Perasaan masa tu indah tak terkata, benda-benda yang aku rasa bodoh boleh pulak bertukar status jadi cerdik tapi tak semua jadi kenyataan...Ianya seakan motivasi yang kuat untuk mendorong pada perlakuan tanpa kawalan, macam kena pukau la kiranya cuma kalau ini dikira tak mendatangkan mudarat kalau kena caranya, tak melampaui batasan....Tapi ada jugak benda yang merisaukan bila aku bandingkan dia dengan aku, dia nampak lemah lembut dan senang dibuli dalam kata lain lurus. Mungkin bagus sikap macam nih, tapi yang aku nampak bila sisi hitamnya terburai mesti ada benda tak kena akan berlaku...hahh, bila dah nampak ciri-ciri tersebut mesti keadaan jadi pelik lepas tuh, itu keadaan yang buat aku rasa takut, rasa nak lari tapi sayang....ceh karat la pulak...
Masa aku sekolah rendah, aku jadi saksi perjalanan cinta Kak Long aku masa memula Abang Long aku nak mengorat beliau, lurus habis takde bengkok-bengkok punya...Masa tuh mana aku tau apa yang diorang borakkan, santai sangat aku ingat cakap-cakap kosong ajer...Abang Long aku ni kerja askar masa tuh, tau la ayat-ayat diorang main pakai tembak ajer, dating pon dalam rumah aku jer takdenya keluar-keluar pergi taman bunga ker apa, kiranya tempat privasi untuk luahan perasan main hentam depan aku terus....Kiranya aku mesti ada kalau Abang Long aku datang, aku jugak tukang dengar diorang sembang, aku jugak tukang perabih kuih ker, biskut ker kira apa-apa yang ada atas meja aku la sebat, apa aku nak peduli diorang sembang sebab aku lebih tertarik dengan makanan kat atas meja dan yang lebih penting poket aku mesti berisi bila Abang Long aku nak balik...Itu syarat mesti, takkan nak tunjuk kedekut ye tak?...
Akhirnya setahun lepas tuh, Abang Long aku datang dengan hasrat untuk menikah, diorang sembang tentang hantaran, Abang Long aku cakap dia ada RM3000 ajer, Kak Long aku cakap dia nak RM5000, kalau takde jangan harap, aku sengih sambil makan sambil dengar diorang berbincang...Tapi biasalahkan, hati pompuan kalau sekali tak boleh, cuba dua kali, cuba tiga kali lama-lama mesti dapat punya...Sampai sekarang aku jadi rapat dengan Abang Long aku walau taraf sepupu tapi sebab boleh katakan aku jadi saksi perjalanan cinta diorang....
Terus terang aku kata, karat ker, licin ker, berparut ker benda-benda macam nih buatkan kita ada semangat untuk berjalan...Kamu tak akan rasa penat menunggu, takkan rasa masa berjalan, rasa macam nak terbang pon ada kadang-kadang....Memang kita boleh berdalih bila kita bukan dalam keadaan macam tu, kita boleh kata mereka bodoh semata-mata kerana cinta, kita boleh cakap mereka hidup dalam drama macam kat tv, tapi bila kita betul-betul terjebak dalam situasi sama, kita sama akan jadi bodoh macam mereka...mula cari hadiah untuk harijadi walau tak pernah sambut pun sebelum nih, mula rasa bulan tu cantik, mula rasa nak dekat ajer walaupon belum mandi pagi....dah yang lebih parah, mula cuba-cuba untuk jadi penyair...heheheheheh....
"Zaleha", lagu band "Rockers" dari Kota Singa...
Kangkang pon kangkang lah...
Ingat punkers takleh layan jiwang ker?...
Salam...Adios...
2 ulasan:
semua pon ble layen lagu jiwang nih, trutama masa dilamun ombak asmara yg tgh bergelora he3... siapa dia? kamulh he3
sori, aku sesat di sini tapi ok saja blog kamu. aku link ya?
Catat Ulasan