Selain dari realiti kehidupan yang boleh diatur supaya berjalan lurus dengan kehendak diri sendiri (walaupun banyak yang sueyyyy....), aku jugak selalu bermain dengan kepala otak sendiri untuk lengkapkan jalan cerita hidup aku yang penuh dengan huru-hara sebelum pengsan atas katil...Aku rasa kaedah ini jugak mujarab untuk dijadikan dos yang kuat untuk tidur atau dalam kata mudah fahamnya berangan-lah...Apa yang aku tak dapat lakukan dalam realiti masa berjaga akan bersambung dalam episod seterusnya, tapi tak tentu jugak kadang menjadi kadang lain pulak jadinya, tengok keadaan bagaimana kuatnya pengaruh emosi aku masa tu untuk mengarang mimpi karut aku...
Aku tak mau cerita-cerita petua dari tafsiran mimpi macam dibelit ular atau apa-apa yang biasa bersangkutan oleh generasi dahulu dan juga mimpi-mimpi basah juga tak termasuk dalam cerita....Masalahnya bolehkan kita masukkan elemen jalan cerita ke dalam mimpi kita tanpa kita mengganggu proses semasa kita tidur dan cerita tersebut berjalan macam tanyangan filem kat panggung sampailah kita sedar keesokan paginya?....Atau ianya hanya berjalan separuh lepas tu menyimpang banyak dari jalan cerita yang kita jangkakan!...Kan bagus kalau kita tengah berserabut kepala otak dengan masalah, tiba malam kita bermimpi, jalan ceritanya kita berupaya selesaikan masalah esoknya sama dengan mimpi kita malam tadi...ada kemungkinan ker?...
Pada aku itu mungkin kemungkinan, tapi seingat aku ada jugak sekali dua mimpi tersebut menjadi kenyataan cuma masa dan keadaan sahaja yang berubah...Bila tiba-tiba kita berada di sesuatu tempat yang kita rasa pernah laluinya, tapi kiat tak ingat di mana, otak terlintas macam kita sedari lepas nih ada sesuatu benda yang akan terjadi tapi masih terlalu kabur dalam kepala...Bila peristiwa tersebut terjadi, tanpa kita sedari otak kita menangkap kuat mimpi yang terjadi entah bila dan ianya betul-betul terjadi...Memang dari segi logiknya susah nak terangkan pada orang lain tentang mimpi tersebut, tapi otak kita kuat mengatakan yang kita seakan sudah melaluinya dan sampailah keadaan tersebut bertukar menjadi realiti...Contoh terbaik filem "minority report", tapi itu dalam cereka, maksud aku bagi kita semua....
Dari segi agama, ini pun ustaz kat sekolah aku cerita masa dulu-dulu, bila seseorang manusia tersebut tidur, rohnya akan keluar dari jasad katanya...Andaian misalnya roh tersebut keluar dan membentuk jalan cerita, adakah roh tersebut merupakan salinan kepada tuan empunya diri, tapi hidup di alam yang lain untuk teruskan cerita yang tergantung bila masa roh tersebut bergabung dengan tuanya?...Kalau begitu maknanya manusia semasa hidup sememangnya mempunyai dua kehidupan yang berbeza, dimasa sedar itu adalah gabungan dua jasad serta apabila tidurnya roh tersebut diluar kawalan kita untuk meneruskan kesinambungan perjalanan yang tergantung...Atau mimpi itu sengaja dicipta untuk melengkapi kehidupan?....
Aku suka makan pedas, cuma....
Tak sampai 2 jam mesti aku masuk tandas...
Membazir betul....
Salam....Adios....
1 ulasan:
Hmm blt2, bijak2 he3... aku kdg termimpi jumpa pelakon pn ada jugak he3... mainan tidur yg xkn jd kenyataan he3...
Catat Ulasan