Khamis, 21 Mei 2009

Catatan Kosong #7 - Salah Satu Kaki Yang Sangat Dikenali Ramai.....

Tak kira kat mana atau dalam apa sahaja situasi, kaki yang satu nih mesti ada jugak menumpang, cuma terpulang pada keadaan macam mana kita tanganinya dengan penuh berhemah...orang kata la bukan aku kata...Kat rumah ade, kat sekolah ada, kat kedai kopi ada, kat tempat kerja lagilah banyak, macam-macam perangai dengan macam-macam kerenahnya...Ini baru dalam skala kecil, kalau dalam negara tak payah cakaplah, baca jer akhbar free (pimjam jer atau baca kat kedai mamak ker apa, nak beli rasa macam buang duit sangat)...apa? sakit hati? rasa nak bagi penampar?...tak cukup nak ajar orang macam nih, sebab muka mereka jer aku rasa dah bertambah 5 inci tiap-tiap bulan, takde kesan...

Balik pada realiti kerja, tempat ini akan menjadi medan mereka untuk mengasah bakat yang terpendam selaju serta sesejuk pada putaran kipas mereka...Kalau kipas-susah-mati mereka ini mendatangkan manfaat pada semua aku tak kisah sangat, ini untuk diri sendiri dan bala bagi orang lain...Memang aku tak nafikan banyak tekanan untuk cari duit kat mana-mana pun dalam dunia, tapi perlakuan yang kurang bermoral macam nih boleh mengakibatkan orang lain sakit kepala otak dan seterusnya pertambahan pesakit kat hospital mental...salah satu sebab la aku rasa...betul?

Orang kata la kan (orang kata...macam takde ayat lain), kebenaran selalunya berpihak pada orang yang sentiasa sabar, itu betul jugak tapi kalau dah sampai tahap tekanan mental lebih dari pesakit mental pun susah jugak...Nak membodek takde masalah asalkan jangan susahkan orang lain yang buat kerja mereka...Mungkin kaki-kaki yang tak bertauliyah ini lupa agaknya...Kerja tak jalan bodoh kalau kau buat sorang-sorang...

Tips : Kalau tempat kerja ada kamera keselamatan, pindahkan meja dekat situ, senang bos nampak, ni baru bodek cara jujur...

Tapi kalau masih tak puas hati, bakar jer kereta si jahat nih...abih cerita....

Salam...Adios...   


 

Tiada ulasan: