Jumaat, 22 Mei 2009

Catatan Kosong #8 - Hail To The King Of Metal - Cromok...

Suatu tengahari masa aku sekolah dalam tingkatan 3, member aku tunjuk satu kaset yang aku dah tahu namanya, tapi sebab ego aku besar sangat (maklumlah masa ni aku kira aku dah ganas la kononya sebab dah layan Decide, Rotting Christ serta metal band dari Scandanavian, kiranya band jenama Malaya macam kira kurang "kick") maka aku dengan bangganya mencemuh dalam hati...apa kelas? Sebenarnya aku dah tahu banyak cerita teantang band yang satu ni, masa mereka bermula kat Australia dan feymes dengan lagu Ulek Mayang a.k.a Metallurgigal...

Ada lebih kurang 2 tahun kemudian baru aku mula dengar muzik diorang dengan album Forever In Time, sekali dengan terus sangkut, kenapalah aku buat bodoh tak nak mengaku muzik mereka tersangat bagus dan lebih utama "feel" kemelayuan mereka sangat terserlah sama seperti dalam album pertama Image Of Purity...Tau la kan masa nih rock arus perdana macam Search, Wing tengah bermaharajalela kat radio serta peti kotak empat segi, lagipun orang tua marah kalau pasang lagu spesis macam nih...hindustan serta dikir barat lagi glamour weh...

Din, Karl, Miji, Sam merupakan satu revolusi metal dalam kamus muzik aku, walaupun banyak lagi band kat Malaya yang hebat masa nih serta Cromok salah satu band yang patut dibanggakan oleh rakyat Malaya...patutnya mereka dah dapat pangkat Datuk aku rasa kerana dan perkenalkan nama Malaya ke peringkat antarabangsa...

Al-Fatihah buat Din Cromok....

Salam...Adios...     


  

Tiada ulasan: