Isnin, 1 Jun 2009

Catatan Kosong #10 - Ekonomi Dalam Poket Sendiri....

Teorinya diwujudkan untuk memenuhi kepuasan manusia yang tak terbatas dalam erti kata lain kemampuan berbelanja...Ini semua orang tahu tapi tak semua orang faham dan kadang-kala seakan memaksa atau terpaksa akur menyembah...Bagi aku yang memiliki kadar pendatan yang cukup-cukup makan setelah ditolak hutang serta perkara-perkara yang berbangkit, maka yang tinggal hanyalah serdak-serdak untuk dikikis, tu belum emergensi punya keperluan...warrrgghhh, parah betul....

Dalam perkara urusan kewangan secara berhemah nih, tiba-tiba pulak teringat kat mak aku, pakar ekonomi paling berjaya dalam ruang lingkup keluarga...Perempuan, semuanya seakan misteri....Sepanjang 2 tahun seingat aku beliau berjaya kumpul RM 350 dalam bentuk syiling dalam plastik saiz jumbo, aku tukang kira geleng kepala, camana jimatnya beliau berbelanja, kalau ikutkan aku yang kerja sekarang nak betul-betul boleh simpam dalam RM 200 pon susah, kadang tak cukup serta terlebih pakai lantaran tarikan yang cukup kuat...mungkin budaya consumer yang melekat dalam kepala otak aku...

Aku suka bila aku terpaksa melakukan semua perkara sendiri, kalau aku kerja tapi duduk dengan keluarga aku tak rasa sangat beban tapi bila sendiri, baru tahu parahnya nak atur kewangan, silap haribulan puasa seminggu, paling baik maggi...Masa aku sekolah ting. 6, tinggal 4 orang, duit belanja RM 10 jer seminggu, nasib kami mempunyai skill iktiar hidup...Nak makan ikan, udang, ketam, tersedia sungai yang luas kat hujung rumah....Sayur, pergi jer petik kat tepi-tepi talair, tak pon mintak free kat pasar masa diorang tengah cuci gerai nak tutup....Alasan budak sekolah boleh pakai sebenarnya, nasib masyarakat tempat aku baik-baik, ikan mata merah macam hantu raya pon kira jadi jugak, dah masuk dalam kuali takde bezanya kan?....

Salam...Adios...     

Tiada ulasan: