Khamis, 9 Julai 2009

Catatan Kosong #16 - Pengkritik Yang Karat....

Aku tak pasti sama ada orang lain pernah alami atau tak, tapi aku rasa sama sahaja situasinya...Biasanya bila nak keluar shopping atau apa-apa bagus berdua dari solo kan? Tak boring la sikit, ada teman berborak, boleh tanya pendapat, boleh tolong pegang barang atau dalam keadaan terdesak boleh jugak menge'pow'...Tapi boleh jugak mematikan 'mood' dalam keadaan tertentu, walaupun pengkritik tersebut mungkin ikhlas dalam keluarkan pendapat untuk kebaikan tapi tu la kenkadang rasa macam "eh, kalau macam nih baik aku pergi sensorang jer tadi"....

Bukan aku cakap dari sisi orang lain, aku sendiri pun kadang-kadang terpengaruh dengan buah fikiran pengkritik karat nih...Bila aku dah setkan kepala otak aku untuk dapatkan sesuatu benda la contohnya, sebagai mengambil seruan murni kerajaan yang berhabis berjuta ringgit malaysia buat iklan kat kaca tv supaya rakyat menjadi pengguna bijak kononya (biasa ditujukan kepada kelas bawahan yang takde duit macam aku, kalau yang kaya takkan fikir banyak punyalah, itu aku jamin), aku akan selidik dulu barangan tersebut sama ada dari orang yang pernah guna atau melalui ulasan-ulasan kontemporari....Maklumlah kalau pakai serbu jer, kopak pulak poket aku...

Bila dah ada kata putus, maka aku mulakan perjalanan untuk membeli...tapi...masalahnya tak selesai kat sini saja, kalau tak kena gayanya langsung tak beli walaupun barang tu dah ada kat depan mata...Kenkadang kata-kata pengkritik masih tergiang-giang dalam kepala otak ditambah lagi dengan 'the other side' diri aku yang satu lagi...tu yang kenkadang kita nampak ada seseorang yang macam bercakap dengan diri sendiri untuk membuat keputusan...karat sungguh situasi seperti nih...

Tak sambar kang menyesal...

Last-last, kelopak bunga jadi mangsa...

Cabut satu-satu untuk kira undi...

Klasik gila....

Salam....Adios... 

Tiada ulasan: