Jumaat, 3 Julai 2009

Catatan Kosong #15 - Pisang Emas Di Bawa Belayar, Masak Sebiji Di Atas Peti...Apalagi, Bedal Ajerlah Pisang Tu....

Haihhh, manusia ni macam-macam perangai...Tak tolong kan kesian, ingat dah kenal lama kira ok la, takde masalah, rupanya-rupanya tak sempat pisang nak masak dah habis kena rebus buat pengat...Ok, aku memang susah sikit nak percaya kat orang walau dah kenal lama, banyak lingkungan kawan sekerja anak dah setengah atau suku dozen sorang-sorang tinggal aku jer yang pelihara anak tekak, takde masalah kat situ...Dan kalau pun masih tak mampu atau masih kurang kadar kecairan dalam poket pun tak menjadi masalah bagi aku, ye lah, banyak tangunggan, mulut banyak yang dibagi makan kan? Ok, aku paham...

Satu hari yang cerah, paginya, telefon 'sezen' aku berbunyi dengan nyaring, angkat keluar suara serak-serak basah "motor rosak la, bleh datang ambil tak?"..mmmm, takde masalah sebagai member yang agak rapat apa hal pulak susahnya, bukan kena pikul pun, tolong tunda ajer...Bawak kedai, tung-tang-tung-tang..."aiyaaaaa bossss, ini banyak teruk wooooo, ini haaaaa, kalau repair mau overhaul apa semua, ada dalam enam ratus wooooo...Tuan empunya terlopong, aku rileks ajer, bukan masalah aku walaupun kesian tapi takleh nak buat apa...Mmmmm....Takpelah towkey, tengok macam mana dulu....

Esoknya, "Ko takde member ker yang boleh bantu, kot-kot boleh kurangkan sikit kosnya, nanti kita kira la macam mana"...Ayat membunuh dah keluar, nak tolong sara serba salah pada mulanya, tak tolong kan rasa kesian, ok, ok, tengoklah macam mana, aku kata....Telefon member, tanya macam mana, boleh buat ker tak, member cakap ok, apa lagi, jalan terus lah...Masalah datang lagi "abang takde duit nih, macam mana?", ok, ok, dengan murah hatinya "pakai saya punya dulu lah"..."ye ker? tak nyusahkan ko ker?, malu la abang macam nih? nanti abang masukkan terus dalam akaun ko ekkkk?"....Selesai masalah, lebur la jugak poket aku, takpe lah, nanti tunggu duit masuk dia bayar lah..ok, ok lagi....

Hari yang ditunggu-tunggu tiba jugak akhirnya, jantung berdebar-debar menunggu jawapan yang tak pasti, mata dah bertentang mata, tapi mulut sukar untuk lafazkan kata bicara....1 haribulan berlalu tanpa kata, takpelah, mungkin dia banyak kerja, esok-esok mungkin dia akan luahkan perasaanya...2 haribulan, sekali lagi mata bertentang mata....tapi masih jugak sukar untuk luahkan rasa yang terpemdam kat dalam hati...."woi, buta kayu ker aku kat depan ko nih. mana janji manis ko hari tuh?"...Tapi kata ini hanya monolog, yang hanya mampu tergiang-ngiang dalam kepala otak aku....

Moral hikayat ini; aku berjaya membodohkan diri sendiri...

Dan rasanya, kadar dosa aku akan bertambah dengan lajunya,

Sehinggalah pisang tersebut masak semunya...

Salam...Adios...   
   

Tiada ulasan: