Isnin, 27 Julai 2009

Catatan Kosong #18 - Tengok Movie Dengan Orang Yang Banyak Tanya.....

Tak tahu nak kata apa, tapi serius aku sakit hati bila layan movie dengan orang yang "berlakon" naif...Nak layan, layan ajerlah benda depan mata, ni tak sambil tengok sambil tanya, apa ingat aku pengarah cerita nih ker atau tukang tulis skrip, menggangu konsentrasi betul lah....Namanya dah cerita lakon layar, mesti la banyak benda yang tak logik, tengok ajerlah jangan banyak cakap, hantuk kepala kat dinding baru tahu...

Aku pun bukanya apa, kalau tanya soalan-soalna yang membina ok la jugak, sedap jugak aku nak terangkan walaupun aku tahu jawapan aku pun mengarut...Ni tak, ada tanya kenapa perempuan dalam citer ni macam tak betul ajer?, Siapa ayah dia? Mak dia bekas gangster ker? Hadoi letih aku nak jawab, sebabnya dia pun tercongok macam aku jugak tengok citer dari awal sampai habis, tu pun nak tanya lagi....ingat aku penganalisis filem agaknya...

"wei best citer nih, sapa pengarah dia?"...Hah, ini punya gaya soalan boleh tahan la skit dari tanya benda mengarut yang bukan-bukan..."eh, pompuan nih macam pelakon citer bla, bla, bla ajer....oooo, mesti best nih kan?"....ni pun kira boleh la, jangan tanya aku dia pakai seluar dalam warna apa sudah...

Hari yang kurang mood macam selalu...

Bleh la layan "chocolate"...

Bukan benda makan, movie....

Salam....Adios....    

1 ulasan:

Ada berkata...

hikhik... kesian u kan? sabar je la ek..