Selasa, 28 Julai 2009

Catatan Kosong #19 - Maxis...It's This The Fucking Joke....

Dah dekat 5 bulan aku guna maxis broadband, modem B932 dan banyak kali juga aku sakit hati, kadang-kadang ok kadang-kadang hampeh terus dengan kadar kelajuan yang aku dapat...Terma dan syarat, bila lebih dari kadarnya secara otomatik kadar kelajuan internet menurun dengan mendadak mengalahkan hujan turun dari langit, aku rasa kalau korang guna handfon 3G lagi laju dari pakai benda alah nih...Aku rasa heran dengan kerajaan yang beriya-iya nak tarik balik lesen syarikat ISP yang tak dapat penuhi standard perhidmatan, tapi nampaknya tak jalan jugak....8-7 kps, nak download video 20 mb mau makan jam, silap-silap kalau tidur dan bangun balik belum lagi siap...parah betul....

Aku dah banyak kali telefon pusat khidmat masyarakat diorang, kadang suara amoi yang keluar dan kadang suara lelaki yang keluar tapi itu tak jadi hal kalau masalah selesai, tapi yang banyaknya alasan...."encik dah guna lebih, tu sebab internet lembab sikit" katanya....Kepala otak engkau, kalau dah gaya internet zaman batu 8-9 kbs lajunya baik tak payah cakap lembab, baik cakap cam nih terus "encik, encik kenal tak siput babi? walaupu ianya lembab tapi tetap jalan jugak, sekian terima kasih"...

Banyak terima kasih jer yang aku dapat sepanjang aku telefon pusat khidmat masyarakat diorang tapi selesai masalahnya tidak...aku tak nak terima kasih korang, bagi connection ok jer, sebab aku bukan guna free, aku bayar...Macam nampak gaya GLC ajer, ko guna ker atau tak ko tetap kena bayar...keperluan tu tak la sangat tapi agak-agak la, nampaknya piagam "customer is always right" memang betul...betul sebab terpaksa tunggu siput babi tepi jalan sambil mengira bijik batu...

Nampaknya aku kena ambil tindakan drastik...

Terminate "siput babi", guna lipas kudung pulak...

Hai, hari yang sungguh tak selesa....

Salam...Adios....  

2 ulasan:

FARYN berkata...

nak mentenet pun susah kan?
sama la dgn aku..pakai streamyx pun cam hampeh!

Kurie berkata...

Loh, aku ingat nak tukar streamyx jugak...terika kasih...tak jadi la,kena cari altenatif lain nampaknya..