Rabu, 29 Julai 2009

Catatan Kosong #20 - Emosi Itu Anugerah, Tapi jangan La Tunjuk Sangat...Lemau Weh...

Aku dididik dengan nilai supaya menghormati perasaan yang ada pada orang lain, nenek aku cakap walau macam mana kita benci, menyampah dengan seseorang tapi jangan tunjukkan sangat, katanya lagi berpada itu lebih baik dari membazir sebab nanti kita tak akan rasa terlalu sakit hati...Begitu juga bila kita rasa sayang sangat kat seseorang, jangan terlalu cukup sekadar buat apa yang patut...Itu masa aku selalu ikut nenek aku masa kecik-kecik pergi ke sawah, bila sudah buat kerja atau kira masa rehat la (dah puas berkubang dalam selut "lumpur") masa makan terasa sangat best...Masa ni lah nenek aku banyak beri pesanan supaya aku jadi orang (tapi lebih banyak membebel sebenarnya) adatlahkan orang tua...

Berbalik pada aku pulak, kalau aku marah sangat memang aku tak tunjuk, aku lari kejap atau cari apa-apa benda untuk melepaskan geram bila dah rasa "cool" maka aku akan rangka strategi...Lebih pada tindakan tikam belakang la kiranya, tapi buat secara terhormat la skit...Kiranya aku tertangkap, aku akan mengaku tapi orang yang buat pada aku biasanya tak boleh buat apa sebab dia yang mulakan dulu, kiranya dia takkan ada point yang tegar untuk salahkan aku 100% sebab aku akan ungkit balik benda yang dia buat pada aku...Tapi takde la sampai nak guna bomoh ker apa, tu nanti aku yang kena tipu pulak...

Orang cakap kan, "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali....nak buat jahat buat banyak kali terus (ini aku kata)"...Masalah kat sini sebab banyak sangat yang memendam rasa, ramai la sakit otak jadinya serta macam tak tahu nak lepaskan rasa yang terbuku tu kat mana?...dalam jamban boleh? Tapi jangan la pulak buat benda-benda yang tak masuk akal walaupun emosi tengah "down" giler...rilek-rilek, banyak masa lagi boleh balas, tapi kalau nak maafkan pun boleh tapi tak ramai yang mampu kan?....

Prolog : Satu lembaga hitam tak dikenali berada dekat dengan tempat kejadian..

Esoknya : Terdapat satu tulisan cantik kat pintu kereta...

"PADAM MUKA BODOH"....

Nota : Aku tak pernah buat macam nih, setakat calar-calar skit tu adalah...

Biasa, darah tengah panas kan...

Salam...Adios...  

Tiada ulasan: