Khamis, 30 Julai 2009

Catatan Kosong #21 - Kau Ni "Kampung" Betul Lah...Katanya...Pulak!...

Adalah dulu-dulu, seorang manusia nih ajak aku pergi nak buat kononya aktiviti lasak, mencabar mental dan fizikal katanya...Beriya-iya ajak, maklum lah aku bukanya reti sangat benda-benda macam "urban" , tah lah nak kata "cultur-shock" ker "counter strike" (ha, kalau yang ini biasa la jugak), mmmmm...aku cakap malas lah, kalau setakat "panjat batu" buat habiskan peluh ajer dan disebabkan kemalasan serta penolakkan aku tu tak semena-mena "apalah ko nih, kampung betul"...Tak lah aku tau kenapa dia cakap aku macam tuh...

Bila dah lama-lama sikit, baru aku tahu istilah "kampung" tersebut merujuk kepada exp; macam tak dapat membiasakan diri atau ketinggalan zaman...Lebih kurang la mengikut pemahaman aku, oh...sememangnya aku memang sangat kuno sebab tak reti atau tak tahu tentang aktiviti "panjat batu"...Bila aku bercerita dengan kawan-kawan aku yang lain tentang perkara tersebut, kami semua gelak sebab kami semuanya berasal dari kawasan luar bandar serta tak tahu bahawa aktiviti masa kecik dulu lebih lasak serta memcabar dari "panjat batu"...Mungkin ianya tak glamer la agaknya...

Manusia yang ajak aku "panjat batu" tu mungkin tak tahu yang tempat lahir serta persekitaran aku banyak berbeza dengannya, namum tak la aku bukak cerita pulak, sikit-sikit adalah itupun kalau manusia tersebut tanya...Aku pelik sikit sebenarnya apa yang hebat sangat serta memcabarnya aktiviti yang dikatakan lasak, keran berbekalkan sekeping dinding yang dilekatkan batu-bata, pakai batu sukan siap dengan ada tali lagi kat pinggang, panjat sampai atas kemudian turun balik, tah...rasa macam tak memcabar langsung, dah la tengah-tengah panas lak tuh....

Sungai Long, Jeli....Mak sedara aku ada kat sana, masa aku ngan sepupu aku cuti dulu selalu kitaorang pergi lepak sana, kawasan bukit-bukau kira macam lembah, sungai, jeram yang bertingkat-tingkat, kalau yang nak lagi memcabar boleh ajak budak-budak kat situ join sekaki....Masa nih aku tak tahu samada aktiviti nih boleh kira "kampung" atau tak, yang aku tahu aku suka cari tempat yang orang jarang untuk pergi, mungkin sebab makan masa, nak kena berjalan kaki 1-2 jam sebelum boleh bersuka ria, siap bawak jala ikan, tangkap, makan kat situ, petang bila matahari nak turun baru terasa nak balik....Mungkin sebab tak pakai pakaian sukan serta jalan pon pakai kaki ayam ajer....Biasalah, aktiviti "kampung"...

Aku tak perlukan modal atau gaya untuk lakukan aktiviti macam tu dulu, yang perlu sangat ialah keberanian, maklumlah masa dulu mana nak pikir tentang takut atau tidak yang penting semangat "nakama", cukup ajer jalan terus...Kat orang tua pun tak beritahu sebab takut diorang risau tak bagi pergi buatnya kena baham kat rimau ker apa, paling bodoh pon kena kejar ngan babi hutan ajer lah...

Ada orang cakap aku dah gemuk sikit...

Biar betul...Yang nampaknya kat perut sikit ajer...

Seksi kat perut sikit biasalah kan...

Heh,heh, heh...takkan nak mengakut kot?...

Salam...Adios...    

Tiada ulasan: