Tah lar, aku tak tahu nak kata apa...tapi sekurangnya boleh jugak la jadi lawak bangang untuk tontonan umum kan? Apa masalah dengan iklan-iklan yang bodoh amat kat siaran tv kita hari ini, aku pon naik hairan kerana kenkadang aku macam pelik dengan motif diorang...nak bodohkan penonton atau nak bodohkan diri sendiri...iklan untuk perkenalkan produk, perhidmatan etc.. ke pasaran, tapi yang tak tahan lawak-lawak bodoh yang terdapat dalam iklan tersebut setiap kali buat aku gelak tahap macam nak sawan...
Semalan aku takde kerja tengok rancangan tentang rawatan rambut, mula-mula pelik gak sebab ada adengan nangis-nangis syahdu secukup rasa dan ingatkan apa la...Rupanya pakcik tu menangis gembira (aku agak sebab memang dah "masyuk" kot) sebab rupa beliau dah bertambah hemsem kerana rawatan rambut tersebut. Punyalah syok cerita sampai bini dia tak layan keran masalah rambut beliau sebelum nih, anak-anak beliau pon sama dapat malu kerana ayahnya kepala botak kat atas (macam pulau) dan banyak lagilah masalah yang berkaitan dengan faktor rambut beliau....jeng, jeng, jeng...maka bermulalah hikayat (tadi cuma mukadimah barangkali) setelah rambutnya stabil maka semuanya jadi terbalik, bini mula ehemmmmm, ehemmmm sama beliau balik, siap jemput anak-anak datang studio, siap puji bapak dia hemsem....moralnya...tah ler, sampai sebaldi air mata aku tumpah....
Tak la aku nak menghina sangat, tapi buat iklan agak-agak la jangan pikir semua orang tahap mentaliti macam budak tadika...ok, aku ada la skit-skit dedulu belajar tentang advitising tapi bukan la mendalam sangat kira paham la sikit-sikit...Alkisahnya masa buat praktikal, member-member aku pergi buat kat luar negara (aku kat dalam ajer - "sengkek".) tapi tak de la jauh. Jadi diorang tanya dalam asia nih mana diorang rasa rujukan paling bagus untuk pengiklanan? Orang sana cakap Indonesia, kenapa? dengan bajet yang ciput tapi output yang hebat..Takde la pulak aku nak komen ker aper, tapi aku rasa dalam keadaan tertentu kreativiti memainkan peranan penting dalam penerbitan sesuatu iklan, bukan main bedal ajer janji siap!
Bukan la nak kata semua iklan kita macam sampah, banyak ikloan yang bagus-bagus contoh macam iklan Perodua yang menang anugerah terbaik iklan Asia masa dulu, iklan Camel Trophy (4X4) tu pon orang Malaysia yang buat, iklan Petronas yang Kak Jasmin buat pon bagus jugak...yer ler, tapi dah namanya iklan kan, bodoh ker, tak de kualiti ker yang penting semua tu hanya bisnes kan....kiranya lantak lah bodoh ker aper janji benda tu berbayar apa pulak masalahnya kan...
Satu lagi iklan berbentuk propaganda, aku cukup menyampah tapi kelakar tahap biawak pon ada...korang perasan tak iklan yang PLKN tu?...Baru seminggu kat kem dah siap telefon mak cakap rindu, bagus betul la budak tu anak sapa ler...
Korang ingat tak "cakar harimau"?
Pergi tanya Ustazah Bahyah....
Aku pon ingat nak belajar ler...
Hehhehehehhehe...
Salam....Adios...
2 ulasan:
sotong bley mencakar tak?
hmm yelah 2 he, ble kot tp xmencabar la cam cakar rimau he3
Catat Ulasan