Jumaat, 5 Jun 2009

Catatan Kosong #12 - Makcik Brape Nih?....Haaahhhh Dah Bayar? (dengan rasa pura-pura terkejut)....

Dulu, masa aku buat part-time dekat kedai photostat sepupu aku kat shah alam (masa belajar) ada sorang abang nih nama dia Saufi kalau tak silap aku, merupakan seorang technician bagi mesin-mesin kat kedai tersebut, sangat baik dengan kitaorang semua...Asalnya orang k.l dan merupakan seorang bekas askar kat kem sungai besi...mungkin dah boring kerja berenti awal nak mula meniaga, abang nih bagus sebab banyak benda aku belajar dari dia, muzik jugak boleh la kira hebat sebab pernah main kat kelab-kelab sekitar k.l...Salah satu pelajaran yang paling aku ingat, jangan kedekut bila kau tengah makan katanya kerana kat situ kau akan jumpa ramai orang....

Abang ni biasa makan kat pasar sungai besi, sorang-sorang dan biasanya ada yang menumpang makan katanya, dah takde tempat duduk...Biasanya budaya kita kalau orang tak kenal jangan harap nak mesra-mesra tak tentu hala kan, tapi abang nih tak kira bangsa dia tapau semua dan kalau dia orang yang pertama panggil tukang kira dia akan pastikan orang yang makan semeja denganya walaupun tak kenal dia akan bayar sekali terus...Bukan nak tunjuk banyak duit ke apa katanya, tapi apalah sangat  setakat 2-3 ringgit, budaya nih dia dapat dari bapaknya...Tak kisahlah orang yang dia bayar makan tadi ingat atau tak yang penting rezeki tuh akan datang dari sumber yang kita tak jangka pada masa depan...

Dan bila aku kerja, aku praktikkan benda yang sama jangan kedekut bila makan sama, mula-mula tu aku tengok budaya bayar asing-asing tapi bila aku mula buat macam tuh budaya bayar terus untuk orang lain mendapat sambutan la pulak...mmmmm, bagus untuk aku pasa masa-masa mendatang sebab diorang semua banyakkan lebih umur dari aku, mungkin rasa tercabar kot, lepas tu hari-hari aku makan free bila masuk kedai...

Jadinya jangan la berkira sangat bayar untuk kawan, masa kita takde habuk dalam poket mereka tentu takkan berkira sangat....

Tapi...kalau 1-2 minggu asyik aku jer, tak jadi jugak kan...orang macam nih senang jer...

"kau nak bawak duit masuk kubur sekali ker?"....

Salam...Adios...  




    

1 ulasan:

FARYN berkata...

kadang2 org akan mengambil kesempatan melampau2 atas kebaikan yg kita kasi...biasa la...adat dunia...